Siakap Keli
Gambar: @RuzainiRed

Gara-Gara ‘Ditikam’ Tak Berhenti, Video Adik Nangis Kalah Congkak Buat Ramai Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukanlah namanya adik-beradik kalau tak pernah bergaduh. Dek kerana itulah, pertalian darah ini takkan pernah terputus sampai bila-bila.

Adat jadi anak sulung, tak sah kalau tak menyakat adik-adik lain. Ada yang sampai menangis gara-gara perangai abang atau kakak yang suka mengusik.

Samalah seperti seorang individu ini yang merakam ragam adiknya ketika kalah ketika bermain congkak. Video berdurasi 44 saat itu dirakam RuzainiRed yang menunjukkan adiknya, Aiman menangis kerana kalah dalam permainan congkak.

Gambar: @RuzainiRed
Gambar: @RuzainiRed

“Budak lain nangis sebab kalah main FIFA, adik aku gheyau sebab kalah congkak,” kata Ruzaini dalam perkongsiannya itu.

Gambar: @RuzainiRed
Gambar: @RuzainiRed

Sumber: @RuzainiRed

Adib Mohd

Nur Farra