Siakap Keli

Gara-Gara Nak Jadi ‘Spiderman’, Tiga Budak Lelaki Dikejarkan Ke Hospital Selepas Biarkan Diri Digigit “Black Widow”

Tiga adik-beradik lelaki di Bolivia telah dikejarkan di hospital setelah sengaja membiarkan labah-labah ‘Black Widow’ mengigit mereka dengan harapan mendapat ‘Super Power’ seperti watak adiwira yang mereka minati Spiderman.

Kanak-kanak lelaki berusia 12, 10 dan 8 tahun itu telah pergi ke ladang membantu keluarga mereka menggembala kambing di Chayanta dan menemui labah-labah tersebut.

Ketua Epidemiologi Kementerian Kesihatan Bolivia, Virgilio Pietro melaporkan, kesemua kanak-kanak tersebut memutuskan untuk membiarkan labah-labah tersebut mengigit  dan berharap sengatannya dapat menukarkan diri mereka menjadi Spiderman.

Pietro melaporkan kanak-kanak tersebut mengalami gejala seperti sakit otot, berpeluh dan demam dalam masa beberapa minit dan terus dikejarkan ke pusat kesihatan oleh ibu mereka.

Walau bagaimanapun, keadaan mereka tidak membaik dan dipindahkan  ke Hospital Kanak-Kanak di La Paz dan di beri rawatan untuk melawan gigitan tersebut. Pada 20 Mei keadaan mereka telah beransur pulih dan telah dibenarkan pulang.

Pietro mengatakan insiden seperti ini membuktikan “bagi kanak-kanak semua yang mereka lihat di filem merupakan satu yang nyata tanpa mengetahu perkara seperti ini membahayakan diri mereka”.

Menurut National Georaphic, gigitan labah-labah ‘Black Widow’ jarang terjadi kerana labah-labah seperti ini tidak agresif. Mereka hanya mengigit untuk mempertahankan diri seperti ketika seseorang secara tidak sengaja duduk diatasnya.

Sumber: triblive.com

 

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.