Kebanyakan orang muda zaman kini mungkin lebih gemar melukis ilustrasi menggunakan kaedah digital seperti perisian Adobe Illustrator melalui komputer.
Namun mungkin ada juga yang masih berminat dengan gaya lukisan tradisional; menggunakan pensel, berus lukisan, warna air dan sebagainya.
Dakwa mereka, melukis dengan kaedah lama lebih terasa ‘feel’ dan asyik, seolah-olah setiap gerakan jari yang memegang pensel itu bergerak seiringan dengan emosi yang bermain di minda.

Baru-baru ini, seorang warga Twitter yang menggunakan nama Kaemi, berkongsi satu ciapan yang menerangkan tentang penemuannya terhadap ratusan koleksi lukisan hasil tangan arwah Tok Abahnya.
“Hari ni aku discover ratusan arwah tok abah punya watercolor painting. Mostly bermotifkan pemandangan kampung.”
Hari ni aku discover ratusan arwah tok abah punya watercolor painting. Mostly bermotifkan pemandangan kampung. pic.twitter.com/WCqaz1RHqU
— KÆmi (@theamazingkimi) May 26, 2020
Berikut adalah beberapa keping gambar lukisan arwah Tok Abah yang dikongsikannya.




Jelas Kaemi ketika dihubungi Siakap Keli, semua yang lukisan yang dilukis arwah Tok Abahnya itu adalah berdasarkan hobi.
Tok Abah bukan pelukis
Pada sangkaan kita, melihat kepada gaya lukisan yang cukup teliti dan kemas, mung,in arwah Tok Abah itu adalah seorang pelukis profesional.
Namun sebenarnya tidak.
Beliau adalah Corporal Wan Said Bin Wan Ahmad (no. 3 dari kiri bawah) Salah seorang anggota yang menjadi perintis Tentera Udara Diraja Persekutuan telah ditukarkan daripada Tentera Udara Diraja British pada bulan November 1958. Al-fatihah buat beliau. https://t.co/wY7poeYbCe pic.twitter.com/eTh6uyrg88
— KÆmi (@theamazingkimi) May 27, 2020
Arwah Tok Abah, Koperal Wan Said Wan Ahmad rupa-rupanya adalah seorang bekas tentera, di mana pernah menjadi perintis pertukaran Tentera Udara Diraja British kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada November 1958 dahulu.
Hebat arwah Tok Abah, di sebalik kegagahannya mengangkat senjata dalam dunia ketenteraan, tangannya pula cukup berseni dalam melukis gambar.
Walaupun kelihatan sungguh artistik, namun dakwa Kaemi, lukisan tersebut tidak disimpan dalam galeri khas, sebaliknya cuma disimpan dalam plastic sleeve sahaja.
Dalam pada itu, ramai netizen memuji hasil tangan seni arwah Tok Abah itu, malah ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri.
Framed it. Turn a room/wall into an art gallery in memories of him. He deserves it. And that's the greatest flavour of all!!! pic.twitter.com/HGMLWt10Ir
— عائشة (@aisha_hairul) May 27, 2020
Lukis ni masa form 4 tahun 2011. Now dh 25 tahun. Lamanya tak pegang semua ni 😭 pic.twitter.com/Meopk1xHUZ
— irdina (@diyynn) May 27, 2020
Selain itu, ada juga yang memberikan pendapat terbaik masing-masing berkenaan lukisan tersebut.
Cantik. Apa nak buat tu? Nk jual sayang..maybe digitalkan & transfer format to digital print jual kt etsy. Hardcopy pun boleh turn as postcards, coaster, frames etc. Proceeds roi boleh tabungkan for cucu cicit educations, or donate to charity utk bekal akhirat dia.
— 🙏พายุจะหยุด🦩 (@ohmeelo) May 26, 2020
Kalau taknak jual pun xpe. Simpan jgk dlm bentuk digital.
Tp kalau nak jual yg digital bagitau la 😅
— Kotaro (@HazwanArif) May 27, 2020
Cuba kenalpasti lukisan tu based on real locations atau imaginasi. Kalau real locations, boleh jadi satu bahan rujukan sejarah 👍🏽
— Hadi Nor (@hadi_nor) May 27, 2020
Kalau based in real location, mungkin terletak di Kedah. Sebb arwah mmg berasal dari Kedah.
— KÆmi (@theamazingkimi) May 27, 2020
Sangat Sempurna.Lihat pada sapuan berus,teknik mewarna pun dah nampak betapa teliti & bagusnya hasil kerja beliau
Jangan dijual
Just framekan.Dapatkan bantuan pemuliharaan jika ada kerosakan
Buat soft copy digital sebagai rekod dan catalogkan
Nanti ada peluang buat pameran
— moribayu 🌅 (@moribayu5) May 27, 2020
Buat poskad lawa ! Sesuai sgt
— Cadet Mahoney (@sendudukdesa) May 26, 2020
They are so beautiful, you should compile a collection & sell as a set of prints. Photobook does canvas prints
— Frangipunny 🌺 (@sofialamoureuse) May 27, 2020
Lawanya.. harap sgt u can turn it into a gallery.. perhaps ni kira harta dia utk anak cucu juga ni..
— Nabil Abdullah (@Nabil_Malaysia) May 27, 2020
Talented arwah. Mmg mcm kartunis dlm majalah ujang apo?!
— Np – Singing in the Rain (@mirulacap1237) May 27, 2020
Looking at them reminds me of the old Hari Raya cards…when I was in primary school.
— Alawiyah Yussof (@AlawiyahYussof) May 27, 2020
Ciapan asal tersebut menerima lebih 7,000 retweet dan 15,000 likes setakat pukul 3 petang hari ini.
Bagaimanapun, meskipun lukisan tersebut mendapat permintaan belian yang tinggi daripada beberapa netizen, namun Kaemi tidak mahu menjualnya.
Tak jual
— KÆmi (@theamazingkimi) May 26, 2020
Sumber: Twitter