Siakap Keli

Jumpa ‘Khazanah’ Keluarga Tak Ternilai, Pemuda Kongsi Temui Ratusan Lukisan Milik Arwah ‘Tok Abah’ Yang Sangat Cantik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebanyakan orang muda zaman kini mungkin lebih gemar melukis ilustrasi menggunakan kaedah digital seperti perisian Adobe Illustrator melalui komputer.

Namun mungkin ada juga yang masih berminat dengan gaya lukisan tradisional; menggunakan pensel, berus lukisan, warna air dan sebagainya.

Dakwa mereka, melukis dengan kaedah lama lebih terasa ‘feel’ dan asyik, seolah-olah setiap gerakan jari yang memegang pensel itu bergerak seiringan dengan emosi yang bermain di minda.

Seorang pelukis cilik yang melukis gambar potret menggunakan kaedah lukisan asli. (Gambar sekadar hiasan)

Baru-baru ini, seorang warga Twitter yang menggunakan nama Kaemi, berkongsi satu ciapan yang menerangkan tentang penemuannya terhadap ratusan koleksi lukisan hasil tangan arwah Tok Abahnya.

“Hari ni aku discover ratusan arwah tok abah punya watercolor painting. Mostly bermotifkan pemandangan kampung.”

Berikut adalah beberapa keping gambar lukisan arwah Tok Abah yang dikongsikannya.

Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

Jelas Kaemi ketika dihubungi Siakap Keli, semua yang lukisan yang dilukis arwah Tok Abahnya itu adalah berdasarkan hobi.

Tok Abah bukan pelukis

Pada sangkaan kita, melihat kepada gaya lukisan yang cukup teliti dan kemas, mung,in arwah Tok Abah itu adalah seorang pelukis profesional.

Namun sebenarnya tidak.

Arwah Tok Abah, Koperal Wan Said Wan Ahmad rupa-rupanya adalah seorang bekas tentera, di mana pernah menjadi perintis pertukaran Tentera Udara Diraja British kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada November 1958 dahulu.

Hebat arwah Tok Abah, di sebalik kegagahannya mengangkat senjata dalam dunia ketenteraan, tangannya pula cukup berseni dalam melukis gambar.

Walaupun kelihatan sungguh artistik, namun dakwa Kaemi, lukisan tersebut tidak disimpan dalam galeri khas, sebaliknya cuma disimpan dalam plastic sleeve sahaja.

Dalam pada itu, ramai netizen memuji hasil tangan seni arwah Tok Abah itu, malah ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri.

Selain itu, ada juga yang memberikan pendapat terbaik masing-masing berkenaan lukisan tersebut.

Ciapan asal tersebut menerima lebih 7,000 retweet dan 15,000 likes setakat pukul 3 petang hari ini.

Bagaimanapun, meskipun lukisan tersebut mendapat permintaan belian yang tinggi daripada beberapa netizen, namun Kaemi tidak mahu menjualnya.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'