Siakap Keli

Kemalangan Maut Di Lebuhraya Tanjung Malim-Behrang, Jalan Sesak Di Kedua-Dua Arah

Satu nahas kemalangan jalan raya melibatkan lori tangki dan van dilaporkan berlaku di KM 389.5 arah utara, laluan Tanjung Malim – Behrang (Perak).

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laporan di Facebook sebentar tadi menjelaskan, kedua-dua arah laluan lebuhraya didapati terhalang dan trafik arah selatan diarah keluar di persimpangan Behrang.

Kesesakan yang berlaku di kedua-dua arah dilaporkan sejauh dua kilometer.

Kredit gambar: BERNAMA
Kredit gambar: BERNAMA

Bagaimanapun, mengikut maklumat terkini berikutan berlaku kesesakan di persimpangan Behrang, pengguna jalan raya arah ke selatan dinasihatkan keluar di Persimpangan Slim River (Exit 126), manakala arah utara pula keluar di persimpangan Tanjung Malim (Exit 121).

Kredit gambar: Facebook LLM
Kredit gambar: Facebook LLM
Kredit gambar: Facebook LLM

Berdasarkan laporan, kerja-kerja pengalihan dan pembersihan sedang dijalankan.

Semua laluan arah utara dan selatan masih terhalang.

Kredit gambar: Facebook LLM

Berita lanjut akan menyusul.

 

Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia, BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.