Siakap Keli

Pernah Digali Pada 1922 Tapi Tidak Dijumpai, Jubin Rom Kuno ‘Muncul’ Dipercayai Berasal Dari Abad Ke-3 Masihi

Lantai jubin Rom dijumpai di bawah tanah sebuah ladang anggur di utara Itali.

Seorang jurukur di utara Verona mendedahkan gambar lantai jubin itu melalui akaun Twitter miliknya.

Menurut laporan, ini sekali gus menguatkan bukti bahawa sebuah villa pernah dibangunkan di tanah itu dipercayai daripada abad ke-3 Masihi.

Sebelum ini, pada tahun 1922, kawasan tersebut pernah digali sekumpulan ahli arkeologi namun tidak menjumpai sebarang petanda. Namun, aktiviti itu kembali dilakukan sejak musim panas lalu.

Sehingga kini, para petugas masih menggali kawasan tersebut bagi melihat keseluruhan reka bentuk lantai jubin dan asas villa yang dikatakan.

Sumber: The Guardian, Myko Clelland

Nur Farra