Sambutan hari raya Aidilfitri merupakan hari meraikan kemenangan bagi umat Islam setelah berjihad melawan nafsu dalam menahan lapar dan dahaga sepanjang sebulan berpuasa.
Namun, di sebalik perayaan ini, ada segelintir insan dalam masyarakat kita seolah-olah tidak berupaya meraikan sambutannya, contohnya kerana faktor kemiskinan ataupun sebagainya.
Jika dilihat dalam radius yang lebih besar, gejala kemiskinan yang menjarah kehidupan manusia didatangi oleh dua sebab; sama ada ia miskin kerana ditindas atau miskin dengan kehendak sendiri.
Semalam, mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) berkongsi satu penulisan di Facebook mengenai golongan miskin yang malas berusaha dan terus selesa dengan kemiskinannya.
Beliau bersama pasukan Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis menyantuni asnaf di lokasi-lokasi terpilih untuk menyampaikan bantuan kebajikan.
Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku kerana ketibaan mereka di rumah terlibat disambut dengan suasana yang kotor, tidak kemas, berserabut dan seangkatan dengannya.
Mari baca perkongsian penuh ini.

Walaupun penulisan ini panjang, namun Dr. MAZA menjelaskan terlebih dahulu perbezaan antara golongan miskin yang rajin berusaha dengan miskin yang sebaliknya.

Miskin yang lebih suka mengharapkan bantuan daripada berusaha sendiri

Menurut beliau, golongan miskin yang malas berusaha seperti ini bukan sahaja membuat ‘perangai’ untuk hal-hal dunia, malah urusan akhirat seperti ibadah pun turut sama bermalasan juga.
Ia digelar ‘malas dunia akhirat’.
Bukan sahaja malas berusaha untuk kehidupan dunia, bahkan malas untuk akhirat juga. Pada wajah mereka tidak terlihat tanda dan sinar insan yang bersujud pada Tuhannya. Jika dijemput mereka datang untuk bantuan di masjid, kita meminta bersolat dahulu, mereka datang selepas solat jamaah selesai lantas terus duduk. Jika kita beri bantuan dan meminta selepas menerima bantuan tunggu solat berjamaah bersama, mereka lari selepas wang diberikan. Kalau diminta datang bantuan di masjid pada Hari Jumaat, ada pula yang mewakilkan isteri, atau anak perempuan untuk ambil bantuan. Si bapa βkaburβ dari Solat Jumaat. Walaupun, bukan semuanya begitu, tapi jumlah yang sebegitu juga bukan sedikit.
Segala yang ditulisnya ini adalah berdasarkan pengalamannya sendiri yang terlibat secara langsung dalam MAIPs.

Bukan semua malas, ada juga yang rajin dan berjaya

Jihad menentang kemalasan
Berjihad menentang kemiskinan tidak akan berjaya jika kita tidak berjihad menentang kemalasan. Saya melihat, -dengan izin ALLAH- harta dunia ini dapat diperolehi dengan pemikiran yang bijak walaupun usahanya tidak begitu hebat. Jika akalnya hebat dan usahanya juga hebat, dengan izin ALLAH pasti banyak rezekinya. Kedua, harta dunia diperolehi dengan kesungguhan usaha walaupun kebijaksanaan tidak begitu tinggi. Dengan kerajinan akan membina pengalaman. Dengan pengalaman, orang kurang bijak akan membuat keputusan yang bijak. Akhirnya, dengan kerajinan dan pengalaman, rezeki yang banyak -dengan izin ALLAH- hadir ke dalam kehidupan.

ππππππ ππππππ πππ πππππHari ini, saya kembali mengiringi DYTM Raja Muda Perlis dalam kayuhan MAIPs Peduli. Disebabkan…
Posted by DrMAZA.com on Tuesday, 26 May 2020
Sumber: FB Dr. MAZA