Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan bahawa akaun Twitter rasminya dinyahaktif, bagaimanapun berkata ‘kehilangan’ akaun berkenaan berpunca daripada masalah teknikal di pihak Twitter sejak semalam.
*KENYATAAN MEDIA SPRM**AKAUN RASMI TWITTER SPRM ALAMI MASALAH TEKNIKAL*Berhubung dakwaan kononnya akaun rasmi Twitter…
Posted by SPRM on Tuesday, 26 May 2020
”SPRM telah membuat laporan kepada pihak Twitter pada hari yang sama dan isu tersebut kini dalam proses pemulihan dan penambahbaikan.
”Oleh yang demikian, dakwaan sesetangah pihak yang menyatakan pihak SPRM menutup akaun rasmi Suruhanjaya itu adalah tidak benar,” kata dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.
Carian di Twitter untuk akaun @SPRMMalaysia akan menunjukkan “This account doesn’t exist” dan setakat 9.58 pagi, ia masih menujukkan hasil carian yang sama.
Perkara berkenaan turut menjadi pertanyaan sebagian netizen di media sosial.
Sumber: SPRM