Siakap Keli

(Video) Reaksi Teruja Anak-Anak Syria Dirakam Saat Terima Sampul Duit Raya

Memperoleh hadiah seperti duit raya sempena perayaan Aidilfitri antara saat yang paling menggembirakan bagi setiap insan yang bergelar kanak-kanak.

Akan tetapi, nasib kanak-kanak di seluruh dunia adalah berbeza-beza. Ada yang senang dan ada juga yang mengalami kesusahan. Sebagai contoh, kita boleh lihat apa yang berlaku di negara Syria.

Sudah pasti kita akan tertanya-tanya bagaimanakah kanak-kanak di sana menyambut perayaan Aidlifitri?

Bagi memberikan sedikit kegembiraan kepada kanak-kanak di sana, satu kumpulan sukarelawan, Molham tampil memberikan sumbangan berupa sampul yang diisi dengan beberapa jumlah wang.

Gambar: molhamteam
Gambar: molhamteam
Gambar: molhamteam

Wajah kegembiraan jelas terpancar di wajah kanak-kanak Syria saat menerima sumbangan tersebut. Buktinya, gambar yang menunjukkan saat-saat gembira itu boleh dilihat di akaun rasmi Instagram Molham sendiri.

Kegembiraan tersebut turut dikongsi oleh Sahabatsurga yang memaparkan beberapa sukarelawan Molham juga memberikan sumbangan seperti baju baru untuk kanak-kanak di sana.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Molham Volunteering Team (@molhamteam) on

Gambar: molhamteam
Gambar: molhamteam

Sumber: Sahabatsurga, Molham Team

Adib Mohd

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.