Siakap Keli
Gambar: Google

Suhu Badan Normal Antara 36.0 Hingga 37.5 Darjah Celsius – KKM

Memahami suhu badan adalah sangat penting bagi mengetahui gejala diserang penyakit.

Dengan itu, kita harus ambil tahu berapa suhu tubuh normal dan cara mengukurnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini di Twitter menjelaskan bahawa suhu badan manusia  yang normal adalah di antara 36.0 Darjah Celsius sehingga 37.5 Darjah Celsius.

Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kehidupan kita berubah normal baru. Saringan suhu dibuat setiap kali melangkah masuk mana-mana bangunan awam.

Umum tahu, gejala utama COVID-19 adalah demam dan pemeriksaan paling mudah untuk mengetahui seseorang itu sihat adalah melalui bacaan suhu badan daripada termometer.

Langkah ini sangat penting untuk kita mengetahui tiada penularan wabak COVID-19 berlaku.

Sumber: KKM

Adib Mohd

Nur Farra