Siakap Keli

Anak Tunaikan Hajat Mak Nak Gambar Raya Ala-Ala Di Studio, Seni ‘Editing’ Lelaki Ini Dipuji Netizen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hari Raya kali ini semestinya berbeza dengan tahun-tahun yang lepas tetapi tetap dirai dengan meriah walaupun masih dalam tempoh Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Walaupun begitu, keluarga ini manfaatkan hari raya mereka bersama ibu tercinta dengan mempotretkan gambar keluarga persis di sebuah studio fotograpi.

Seorang lelaki berkongsi sekeping gambar hari raya bersama keluarga dengan hasil suntingan yang menarik dan cantik.

“Emak aku request nak gambar ala-ala dekat studio gitu…”

Aku pun apa lagi, guna skill photography aku dan edit bagi rasa dekat studio ala-ala Annie Leibovitz gitu. Raya ke-4 baru siap gambarnya. Selamat Hari Raya!

Ini gambar sebelum ia disunting.

Ini pula gambar selepas. Menarik bukan?

Katanya semasa dihubungi, dia hanya menggunakan perisian photoshop dan tidak menggunakan apa-apa aplikasi di dalam telefon pintar.

Rata-rata pengguna sosial media memuji kecantikkan gambar yang dimuatnaik oleh Muhd Hidayatullah di laman Twitternya itu.

 

Sumber: Muhd Hidayatullah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)