Siakap Keli

Budak ‘Istimewa’ Didakwa Dibiar Kelaparan, Ditemui Mati Dengan Kesan Digigit Tikus

Seorang kanak-kanak perempuan ditemui dalam keadaan yang mengerikan dengan wajahnya yang telah di makan tikus. Polis melaporkan kanak-kanak tersebut yang berusia 4 tahun dibiarkan mati kelaparan dan ditemui terbaring di katilnya.

Mangsa yang juga menghidap ‘Down Syndrom’ dibiarkan kelaparan di bilik tidurnya dan bapa kanak-kanak tersebut hanya membuat laporan polis beberapa hari kemudian.

Polis mengatakan badanya yang membusuk dan reput menunjukkan tanda-tanda kekurangan zat makanan dengan luka dalam di pinggulnya.

Ayah kanak-kanak tersebut yang berusia 43 tahun dituduh membunuh anak perempuannya dengan membiarakan mati kelaparan. Polis juga mendakwa terdapat kesan melecur di kulit kepalanya.

Polis  menemui kanak-kanak tersebut di sebuah rumah di Queensland dalam keadaan yang sudah reput dan dipercayai sudah  meninggal dunia lebih dua hari.

Sumber: Dailystar

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.