Siakap Keli
Gambar: BERNAMA/PU Azman

“Doakan Keluarganya Tabah,” PU Azman Titip Doa Buat Mangsa Lemas Tiga Beradik

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kematian tiga beradik akibat lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong hari ini selepas mereka ditemui.

Penemuan mereka dimulakan dengan mayat Allahyarham Umar Iskandar yang ditemui pada jam 9.50 pagi, disusuli mayat Allahyarham Khairil Firdaus pada jam 11.36 pagi dan Allahyarham Md Hilman Abd Rashid pada jam 12.4o tengah hari.

Turut berasa pilu dengan pemergian secara serentak itu, PU Azman menitipkan doa buat ketiga-tiga mangsa dan berharap agar keluarga mereka tabah menghadapi dugaan yang berat ini.

Semoga arwah ketiga-tiga mereka diampuni dan dirahmati Allah.
.
Takziah buat ibu dan ayah serta seluruh ahli keluarga.
.
Semoga mereka mendapat syahid.
.

View this post on Instagram

Pilu. Doakan mereka dan keluarganya semoga tabah. . Kejadian tiga beradik mati lemas di Sungai Terengganu Kampung Kuala Telemong. . Mereka ialah Khalif Naim, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang dan dilaporkan baru sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas. Khairil Firdaus pula ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang manakala Umar Iskandar adalah pelajar Universiti Malaya. . Semoga arwah ketiga-tiga mereka diampuni dan dirahmati Allah. . Takziah buat ibu dan ayah serta seluruh ahli keluarga. . Semoga mereka mendapat syahid. . الشُّهَداءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، والمَبْطُونُ، والغَرِيقُ، وصاحِبُ الهَدْمِ، والشَّهِيدُ في سَبيلِ اللَّهِ. . Maksudnya : “Orang yang mati syahid 5 golongan, iaitu mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah". (Bukhari Muslim).

A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

Semoga roh kesemua mangsa dirahmati oleh Allah SWT dan semoga ahli keluarga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan.

Sumber: Puazmanofficial

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa