Siakap Keli

Hanya Ambil Gambar, Ini Cara Paling Mudah Pilih Warna Cat Yang Sesuai Untuk Dinding Rumah Anda

Memilih warna cat baharu untuk dinding rumah sudah pasti menjadi satu hal yang menyukarkan sesetengah daripada kita. Kita mungkin kurang daya imaginasi untuk membayangkan warna dinding yang sesuai untuk rumah kita.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Dulux membina sebuah aplikasi yang membolehkan anda memilih warna cat yang sesuai untuk dinding di rumah anda. Anda hanya perlukan telefon pintar dan muat turun aplikasi ini melalui Google Play Store dan Apple App Store.

Cara-caranya mudah sahaja:

Boleh beli cat Dulux di SINI

1. Anda perlu muat turun dan buka aplikasi Dulux Visualizer terlebih dahulu.

 

2. Tekan icon berwarna hijau di belah kanan bawah skrin telefon anda.

 

3. Pilih warna yang anda mahu untuk anda visualkan di dinding yang anda mahu warnakan dengan cat yang baharu.

 

4. Selepas memilih warna, anda hanya perlu halakan kamera telefon anda ke dinding dan tap dinding yang anda mahu di skrin telefon anda.

Ini warna dinding yang divisualkan oleh aplikasi Dulux Visualizer

Jika warna itu sudah berkenan di hati, anda boleh membuat pembelian berdasarkan kod tertera seperti gambar di atas. Boleh beli cat Dulux di SINI

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)