Siakap Keli
Gambar: Naquia Esir

Hanya Guna Dua Bahan, Ikut 5 ‘Step’ Cuci Lantai Penuh Kotoran Sampai Jadi Bersih Berkilau

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mencuci lantai rumah sememangnya merupakan tugas yang mudah namun masalah akan timbul apabila kotoran tidak mudah hilang.

Ditambah lagi jika rumah baru sahaja diubahsuai, sudah semestinya setiap orang pasti menginginkan hasil cucian yang memuaskan.

Tidak perlu risau, anda boleh mengikuti lima langkah mudah yang dikongsikan oleh Naquia Esir bagi mencuci lantai dengan hanya menggunakan dua bahan.

Quia share sikit pasal cara nak memurnikan kembali lantai yang dah tercemar ye. Mungkin yang mengalami masalah ini adalah golongan yang beli rumah subsale atau rumah lelong dan juga yang baru lepas renovate rumah.

Gambar: Naquia Esir

Dan, sesuai untuk golongan yang ada masa dan kudrat untuk cuci rumah sendiri. Kalau nak upah cleaner pon no problem orait. Ikut kekuatan kewangan masing-masing.

Yang anda perlukan adalah MOSAIC FLIUD (sejenis acid) dan SABUN. Both Quia beli di Hardware shop. Lebih tepat lagi di Hardware Shuang Lee, Gadong. Kat Nilai 3 pon ada. Both memang besar kilang kedainya. Banyak juga borong dari hardware ni untuk keperluan pembinaan rumah kami.

Gambar: Naquia Esir

Dapatkan pelbagai jenis cecair mozek di SINI

Mosaic fluid tugasnya untuk mencairkan simen, cat, cat minyak, dan noda² yang ada pada lantai.

Sabun untuk neutralkan balik acidity pada lantai.

Langkah keselamatan yang perlu dititik beratkan adalah, memakai glove dan boot/kasut. Dan juga mask untuk elak kita hidu asap/wap yang terhasil selepas kita tuang campuran asid+air pada tiles.

Kekuatan yang perlu adalah tangan yang kuat ye. Sebab nak taknak, u tetap akan sental noda yang agak kuat melekat pada tiles.

1ST STEP : Basahkan lantai

2ND STEP : Tuang campuran acid. Acid tu dicampurkan dengan air untuk keselamatan kita dan lantai. Terlebih asid tiles boleh rosak ye. Hilang glossynya nanti.

3RD STEP : Sentallah. Mana yang tebal² nodanya kikis dulu. Elakkan penyental periuk yg besi tu ye. Rosak tiles nanti.

4RD STEP : Bilas dengan air

5TH STEP : Sental dengan sabun pula

Cuci bilas lantai bagi bersih, then SIAP!

Kebaikan yang u dapat, pengeluaran peluh yang banyak ye. Ikutlah keluasan rumah masing-masing mana 

Gambar: Naquia Esir

Kerja ni sepenuhnya dibuat oleh Quia ye. Ditemani oleh Wafiq, 2y10m. Sebab nak tunggu suami sokmo kerja je dia. So, ianya boleh sangat dilakukan oleh seorang ibu + ada anak. Anak tu pancinglah buat aktiviti ke, tengok kartun ke ok. Jangan bagi duduk dekat dengan ibu yang tengah mengerah keringat.

Sumber: Naquia Esir

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa