Siakap Keli
Gambar: Luthfishah

Lelaki ‘Hancurkan’ Ikan Laga Yang Dibeli ‘Online’ Gara-Gara Tak Puas Hati

Mengumpul ikan laga antara hobi unik bagi sesetengah orang. Mana tidaknya, dengan pelbagai variasi warna dan spesies ikan laga ini mampu membuatkan peminatnya ‘menggila’ hingga ada yang sanggup bayar lebih.

Baru-baru ini tular video seorang individu yang dilihat ‘memusnahkan’ seekor ikan laga dipercayai dibelinya menerusi atas talian.

Pengguna Twitter yang bernama Luthfishah memuat naik video seorang individu tanpa menunjukkan wajahnya namun meluahkan rasa tidak puas hati menerima ikan laga dalam keadaan yang menurutnya tidak baik.

Individu itu dipercayai tidak berpuas hati dengan keadaan ikan laga yang pucat serta ekornya yang hancur ketika diterima.

“Ikan ni pos dah dekat seminggu lebih dah dekat dua minggu baru sampai kat tangan,” kata individu terbabit.

“Tapi aku tak puas hati, ikan sampai ekor hancur. Lepas tu, dia (seller) cakap boleh gantikan, tapi ikan ni kena pos balik dekat dia kena hidup.”

“Kalau ikan ni mati, dia tak boleh ganti. Kira burn la kan?” Katanya lagi.

“Macam mana aku nak pos ikan ni dekat tangan dia boleh hidup kalau sampai dekat aku pun dah lembik,” ujar individu itu lagi dalam video tersebut.

Gambar: Luthfishah
Gambar: Luthfishah
Gambar: Luthfishah

Walau bagaimanapun, tindakannya mencincang ikan itu pada akhir video mengundang kemarahan rata-rata netizen.

Sumber: Luthfishah

Adib Mohd

Nur Farra