Siakap Keli

Luahan Anak Perempuan Dipinggir Selama Ini, Anak Lelaki Yang Disayang Tinggalkan Mak Di Pagi Raya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai ibu bapa kadang-kala kita terlepas pandang dengan kelakuan kita terhadap anak-anak. Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah membeza-bezakan salah satu anak kita dengan anak yang lain atau dengan anak orang lain.

Bagi anak-anak yang sudah mula dewasa, segelintir dari mereka mungkin berusaha menyembunyikan rasa berbanding kanak-kanak yang pasti akan menangis setiap kali dibanding-bandingkan. Namun, apa yang pasti, setiap kali ibu bapa bersikap pilih kasih, anak-anak akan memendam rasa terluka dan lebih parah jikalau berubah menjadi dendam.

Perkongsian daripada Ahmad Fedtri Yahya menceritakan kisah seorang wanita yang mengatakan bahawa ibunya mempunyai sikap pilih kasih terhadap anak lelaki berbanding anak perempuan.

Luahan Pembaca:

Salam abg fedtri. Terpanggil nak kisahkan hal keluarga. Kami 4 beradik. Ayah sudah meninggal. Emak masih ada. Emak asyik sebut2 anak2 lelaki tetapi mereka tidak muncul pada hari raya pertama. Balik ptg raya. Berkurung di bilik. Hanya keluar bila perut lapar.

Mak gembira nampak anak lelaki. Mak duduk sekali dimeja makan, si anak pula marah2. Dua beradik perempuan yg duduk sekali dengan emak rasa tertikam lihat abang melayan emak begitu. Raya ke3 terus hilang. Rumah di daerah sebelah (negeri yg sama).

Mengaku ketua keluarga tapi langsung tidak menyantuni emak. Apa taraf emak di mata mereka? Abg lagi sorang sibuk nak menikah baru. Pagi2 raya pergi ke rumah bakal bini baru. Tinggalkan emak dan keluarga terkial-kial. Kisahnya raya.

Nampak indah di mata luar, hakikatnya si emak menyimpan seribu rasa. Sy dan suami kerja di s.alam dan gombak. Hari2 berulang ke seremban utk menjaga emak.. Tapi yang senegeri dgn emak, tak pulak jenguk2 atau ambil kisah. Kesian emak..samjung2 anak lelaki..hakikatnya, Hanya luahan. Tak tertahan. Pagi2 harini anak sulung hilang laki bini balik rumahnya di daerah sebelah. Anak2 di tinggalkan di rumah emak. Untuk apa?

View this post on Instagram

Luahan Pembaca: . Salam abg fedtri. Terpanggil nak kisahkan hal keluarga. Kami 4 beradik. Ayah sudah meninggal. Emak masih ada. Emak asyik sebut2 anak2 lelaki tetapi mereka tidak muncul pada hari raya pertama. Balik ptg raya. Berkurung di bilik. Hanya keluar bila perut lapar. Mak gembira nampak anak lelaki. Mak duduk sekali dimeja makan, si anak pula marah2. 2 beradik perempuan yg duduk sekali dengan emak rasa tertikam lihat abang melayan emak begitu. Raya ke3 terus hilang. Rumah di daerah sebelah (negeri yg sama). Mengaku ketua keluarga tapi langsung tidak menyantuni emak. Apa taraf emak di mata mereka? Abg lagi sorang sibuk nak menikah baru. Pagi2 raya pergi ke rumah bakal bini baru. Tinggalkan emak dan keluarga terkial-kial. Kisahnya raya. Nampak indah di mata luar, hakikatnya si emak menyimpan seribu rasa. Sy dan suami kerja di s.alam dan gombak. Hari2 berulang ke seremban utk menjaga emak.. tapi yang senegeri dgn emak, tak pulak jenguk2 atau ambil kisah. Kesian emak..samjung2 anak lelaki..hakikatnya, 😭 Hanya luahan. Tak tertahan. Pagi2 harini anak sulung hilang laki bini balik rumahnya di daerah sebelah. Anak2 di tinggalkan di rumah emak. Untuk apa?

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on

Sumber: Ahmad Fedtri Yahya

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra