Siakap Keli

Menjadi Kerugian Besar Bagi Mereka Yang Malas Makan Sayur – KKM

Menurut portal MyHealth, setiap warna pada sayur dan buah mempunyai keunikan tersendiri dalam melindungi penyakit. Bahan ini dikenali sebagai fitokimia. Fitokimia inilah yang memberikan warna yang menyerlah pada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain daripada membekalkan warna yang menarik pada buah dan sayur, fitokimia juga berfungsi sebagai antioksida semula jadi yang berupaya untuk mencegah penyakit tertentu seperti kanser dan penyakit jantung serta meningkatkan sistem pertahanan badan.

Kementerian Kesihatan dalam pada itu berkongsi kebaikan makanan ini kepada tubuh badan.

“Menjadi kerugian besar bagi mereka yang malas makan sayur,” kata KKM. Umum pasti mengetahui bahawa sayur-sayuran ialah antara makanan yang sangat membantu menyihatkan tubuh badan jika kita amalkannya dengan betul.

Menerusi kenyataan KKM di Twitter itu, sayur-sayuran juga boleh memberikan Vitamin C kepada tubuh badan. Terdapat 5 jenis sayur-sayuran yang kita boleh amalkan pemakanannya iaitu bayam, kailan, sawi, ulam raja dan pucuk ubi.

Berikut ialah kadar Vitamin C dan fiber yang ada dalam sayur-sayuran tersebut:

  • Bayam- 46 MG Vitamin C dan 0.4 G fiber
  • Kailan- 64 MG 0.4 fiber
  • Sawi- 53 MG 0.5 fiber
  • Pucuk Ubi- 115 MG Vitamin C dan 1.2 G fiber
  • Ulam Raja- 39 MG Vitamin C dan 1 G fiber

Keperluan Vitamin C: 70 MG/sehari

Keperluan fiber: 20-30 G/sehari

Sumber: KKM

Adib Mohd