Siakap Keli
Kredit: Twitter Nana

Orang Jepun ‘Bersihkan’ Kawasan Di Malaysia, Dakwa Kutip 4,500 Puntung Rokok Dalam Masa 1 Jam Setengah

Budaya membuang sampah merata-rata masih berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia biarpun kita hampir mengakhiri penggal pertama 2020.

Baru-baru ini seorang lelaki yang mengaku sebagai warga Jepun yang juga pemilik kepada akaun Twitter bernama Nana berkongsi hasil kutipan puntung rokok di sekitar bandar negara ini pada awal tahun ini.

Menurutnya, dia bersama pasukan Trash Hero Putrajaya berjaya mengutip ribuan puntung rokok dalam tempoh satu jam setengah sahaja.

 

 

Sebelum ini, Nana dan pasukannya turut berjaya mengutip kira-kira 202 kg sampah di sebuah lokasi di Cyberjaya.

“Pada 29 haribulan 2 sebelum PKP, saya dan sukarelawan Trash Hero Putrajaya telah membuat pembersihan di sebuah Mall. Kami dapat mengutip 202 kg sampah termasuk botol, puntung rokok dan lain-lain.”

Sumber: Nana

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.