Siakap Keli

Pakar Bimbang Kehadiran Kemarau Boleh Sebabkan Situasi COVID-19 Di Indonesia Bertambah Buruk

Musim kemarau di Indonesia sejak April lalu telah menimbulkan kerisauan akan peningkatan jerebu yang boleh memburukan lagi keadaan negara yang sedang melawan pandemik COVID-19.

Menurut laporan lebih dari 800 titik panas dan 119 kebarakan hutan dikesan sejak awal musim kemarau lagi. Jerebu dan pencemaran udara pada setiap tahun menyebabkan muncul banyak penyakit.

Sebelum ini orang tua dan kanak-kanak merupakan kumpulan berisiko mendapat penyakit semasa musim kemarau. Namun dengan gejala penafasan pada pesakit COVID-19 menjadikan golongan ini berisiko besar ditambah lagi dengan keadaan berjerebu.

Budi Haryanto, seorang penyelidik perubahan iklim dan kesihatan alam sekitar di Universiti Indonesia mengatakan terdapat hubungan antara pencemaran udara dan juga peningkatkan kematian yang disebabkan COVID-19. Budi merujuk penelitian di luar negara, angka kematian COVID-19 7.5 peratus lebih tinggi di kawasan perindustrian di Itali yang mengalami pencemaran udara  berbanding kawasan  lain.

Wiendra Woworunta, pegawai dari Kementerian Kesihatan Indonesia berkata pemerintah Indonesia perlu menyediakan bilik evakuasi yang besar dengan alat penapis udara untuk pesakit COVID-19.

Beliau menambah, fenomena ini boleh menyebabkan kekurang bekalan topeng muka N95 selain memberi kesan kepada kesihatan penduduk. ‘Frontliner’ juga berhadapan risiko semasa memerangi virus ini kerana topeng pembedahan tidak berkesan untuk menapis zarah PM2.5 dalam jerebu.

Sumber: mothership.sg

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.