Siakap Keli
Kredit: Google/Twitter

Pemuda Buat “Slide Powerpoint”, Bentang Perancangan & Status Kewangan Depan Bakal Isteri Sebelum Berkahwin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang pasti mengimpikan perkahwinan idaman yang bahagia hingga ke syurga di sisi pasangan tercinta. Demi merealisasikan impian ini, ramai yang mula mengambil langkah pertama ke gerbang perkahwinan – merancang kewangan.

Ada yang memilih untuk merancang kewangan dengan berbincang secara telus status kewangan masing-masing. Kejujuran mengenai kondisi kewangan peribadi memberi peluang kepada setiap pasangan untuk merancang kewangan mereka menjelang perkahwinan.

Malah, ada yang melangkah lebih jauh dengan berkongsi status kewangan menggunakan PowerPoint seperti pemuda ini.

“Sebelum kahwin memasing kongsi dengan bakal pasangan semua ni; berapa gaji, berapa hutang, berapa simpanan, berapa nafkah boleh bagi (lelaki).

“Bila masing-masing dah jelas kedudukan masing-masing, baru la jelas nak bincang masa depan,” tulis Dean.

Tunjuk rekod perbelanjaan

Menurut Dean, dia turut berkongsi rekod perbelanjaan supaya bakal pasangan dapat memahami sikapnya dalam berbelanja.

Rancangan perbelanjaan

Tambahnya, perancangan perbelanjaan selepas kahwin juga penting bagi meyakinkan pasangan, ibu bapa dan keluarga masing-masing.

Sumber: Dean

Amira

Love yourself.