Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

PM Muhyiddin Nafi Dakwaan Berada Di Singapura Jalani Rawatan

KUALA LUMPUR, 28 Mei  — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau kini berada di Singapura bagi menjalani rawatan kesihatan di negara itu.

Perdana menteri, pemandiri kanser, berkata beliau kini menjalani kuarantin COVID-19 di kediamannya di Bukit Damansara, di sini.

“Saya ingin nyatakan dakwaan itu tidak benar sama sekali. Untuk makluman, saya sedang menjalani kuarantin di rumah saya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur,” katanya dalam status yang dimuat naik menerusi akaun rasmi Facebook beliau hari ini berhubung satu sesi sidang video sebelumnya.

Muhyiddin mengadakan sesi sidang video bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai perkembangan terkini tentang situasi COVID-19 di Malaysia.

“Namun dalam keadaan negara masih berperang melawan wabak COVID-19, saya akan pastikan perbincangan merancang strategi melawan COVID-19 mesti diteruskan,” katanya.

Muhyiddin menjalani kuarantin selama 14 hari bermula 22 Mei susulan seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet yang dipengerusikan perdana menteri dua hari sebelum itu telah disahkan positif COVID-19.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story