Siakap Keli

Saringan Liga Perdana Inggeris, Empat Pemain Dan Kakitangan Dari Tiga Kelab Positif Covid-19

Ujian Covid-19 yang dilakukan sebelum bersambungnya musim Liga Perdana Inggeris pada Jun ini,  menyaksikan empat pemain dan kakitangan dari tiga kelab didapati positif jangkitan virus tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 1,008 ujian telah dijalankan dalam dua hari terakhir sebelumnya berlangsungnya musim tertunggak dalam stadium tertutup seperti yang diumumkan oleh kerajaan United Kingdom.

Walau bagaimanapun, Liga Perdana tidak memberikan perincian khusus mengenai kelab atau individu yang djangkiti Covid-19.

Empat pemain dan kakitangan berkenaan kini telah diasingkan dan menjalani kuarantin selama tujuh hari.

Terdahulu, liga terutama Inggeris telah ditangguhkan sejak 13 Mac sebelum diberi ‘lampu hijau’ untuk menyambung musim liga yang tertunggak dalam stadium tertutup bermula 1 Jun oleh kerajaan United Kingdom.

Baca: Liga Perdana Inggeris Dibenarkan Bersambung Semula Bermula 1 Jun 2020 Dalam Stadium Tertutup – Kerajaan UK

Namun, tidak ada penonton yang dibenarkan sewaktu Liga Perdana berlangsung bagi membendung penularan Covid-19.

Sumber: CNN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.