Siakap Keli

Taman Tema Jepun Tak Benarkan Pengunjung Menjerit Ketika Naik Rollercoaster

Taman tema di Jepun mengarahkan untuk setiap pengunjung supaya tidak menjerit ketika menaiki rollercoaster dan mengamalkan penjarakan sosial yang betul.

Menurut laporan, tindakan itu dibuat sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19 yang masih lagi aktif menular.

Pembukaan taman tema secara berperingkat dihalusi dengan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan wabak pandemik ini.

Selain tidak boleh menjerit, pengunjung juga diwajibkan memakai topeng muka setiap masa dan tidak bercakap dengan pengunjung lain.

Pekerja-pekerja yang memakai kostum juga tidak dibenarkan bersalam atau bersentuhan dengan mana-mana pengunjung bagi mengekalkan jarak selamat.

“Langkah-langkah ini tidak akan ‘mematikan’ jangkitan namun boleh mengurankan risiko berjangkit,” kata salah seorang pekerja taman tema.

Taman tema terkenal Jepun, Tokyo Disneyland dan Universal Studios di Osaka masih ditutup tanpa sebarang tarikh pembukaan lagi.

Sumber: ChannelNewsAsia

Nur Farra