Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Hanya 10 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini, Paling Rendah Sejak Pelaksanaan PKP

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 10 kes baharu yang dilaporkan setakat 12 tengah hari, 28 Mei 2020.

10 kes terbaru yang dilaporkan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 7,629 kes. Walau bagaimanapun, jumlah kes aktif yang dicatatkan hanya tinggal sebanyak 1,345 kes secara keseluruhan.

Menurut KKM, pertambahan kes yang dilaporkan pada hari ini juga adalah merupakan kes yang paling rendah sejak PKP.

Daripada jumlah itu, 8 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 4 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga turut memaklumkan bahawa tiada kes kematian dilaporkan untuk hari ini, Justeru daripada itu, jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 115 kes atau bersamaan dengan 1.51% jumlah keseluruhan kes.

Selain daripada itu juga, KKM melaporkan bahawa kesemua 10 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini merupakan kes penularan tempatan. 5 Kes daripadanya adalah bukan warganegara Malaysia manakala baki lima lagi adalah warganegara Malaysia.

Turut dimaklumkan juga, tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan pada hari ini.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa