Siakap Keli
Gambar: Daily Star

(Video) Disangka Batu ‘Melayang’, Wanita Terkejut Kura-Kura ‘Terbang’ Melekat Pada Cermin Kereta

Seorang wanita memberi amaran kepada semua pemandu agar lebih berhati-hati dengan hidupan liar setelah seekor kura-kura ‘melekat’ di cermin hadapan keretanya.

Kejadian yang berlaku pada 12 Mei lalu menyaksikan Latonya Lark sedang memandu di lebuh raya bersama adiknya dan pada ketika dia menyedari ada satu objek seperti batu bata melayang di udara.

Menurut Daily Star, Objek itu menuju tepat pada kenderaannya dan tidak lama selepas itu terus menerobos cermin keretanya. Setelah itu, baru dia sedari bahawa objek tersebut merupakan kura-kura.

“Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah untuk melindungi diri sendiri,” kata Latonya.

Dia dan adiknya, Kevin, percaya bahawa kereta di hadapan mereka telah melanggar haiwan tersebut sehingga ia ‘terbang’ ke arah mereka.

Latonya juga mengesahkan bahawa reptilia itu telah mati pada Isnin lalu disebabkan oleh kehilangan darah yang banyak. Sebelumnya, haiwan itu dikatakan parah setelah kehilangan kakinya akibat kemalangan tersebut.

Sumber: Daily Star

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.