Siakap Keli

(Video) Gelagat Tikus ‘Bergolek’ Di Lantai Buat Kucing Kelihatan Seakan ‘Bingung’

Sebuah video yang memaparkan gelagat seekor tikus bergolek-golek di lantai sambil diperhatikan kucing menjadi tular di media sosial.

Video yang berdurasi selama 9 saat itu memaparkan aksi tikus bergolek seakan sedang mengajak kucing tersebut bermain telah membuatkan kucing itu kelihatan bingung.

Rakaman yang dikongsikan oleh akaun Twitter @4lip_ itu telah mencuri perhatian rata-rata warganet. Apa tidaknya, dengan gelagat tikus tersebut seakan berpura-pura dihadapan kucing dilihat sebagai satu bahan jenaka.

Rata-rata warganet yang menonton video itu terhibur dengan gelagat tikus dan kucing tersebut yang dikatakan menyerupai seakan kartun Tom and Jerry.

Ada juga warganet yang mendakwa bahawa tindakan tikus itu telah membuatkan kucing tersebut kebingungan.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa