Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Timbulkan Kegusaran Ramai, ‘Penyelam’ Temui Topeng Muka Dan Sarung Tangan Di Dasar Laut Perancis

Sebilangan besar topeng muka dan sarung tangan lateks yang ditemui berselerakan di dasar laut Perancis telah menimbulkan kegusaran sama ada ianya terdedah kepada Covid-19 ataupun tidak.

Sebuah pertubuhan NGO Perancis dikenali sebagai Opération mer propre yang ditubuhkan bertujuan untuk memelihara kebersihan dasar laut sekitar Antibes di tenggara Perancis telah menemui sejumlah besar sampah yang berupa barangan didakwa dipakai untuk mencegah wabak Covid-19.

Dalam sebuah video yang disiarkan di Facebook mereka, NGO tersebut telah menunjukkan aktiviti selaman mereka di dasar laut tersebut sebelum berenang menyelusuri sebuah kawasan yang dipenuhi dengan sarung tangan plastik dan topeng muka yang telah dibuang.

Selepas operasi tersebut selesai, kumpulan itu melaporkan bahawa mereka telah berjaya mengumpul 14 sarung tangan getah dan sembilan topeng muka yang ditemui di dasar laut selain 200 liter sampah-sampah lain.

 

Pengasas kumpulan itu, Laurent Lombard, yang merakam video tersebut memberitahu BBC: “Sudah lama kita tidak jumpa dengan sisa sebegini, berbilion-bilion lagi akan kita temui selepas ini, jadi saya ingin memberi amaran, ini bakal menjadi permulaan pencemaran yang baharu”.

Di Facebook, kumpulan tersebut menyatakan: “Mengetahui bahawa lebih dari 2 bilion topeng muka telah dipesan sepanjang pandemik, tak mustahil akan ada lebih banyak topeng daripada obor-obor di perairan Mediterranean tak lama lagi!

Selepas Perancis melonggarkan perintah berkurung, NGO itu telah menggesa pihak kerajaan supaya mengambil langkah yang lebih drastik bagi memastikan sampah yang berkaitan dengan Covid-19 tidak mencetuskan krisis baru.

Susulan daripada itu, ahli Parlimen tempatan bagi Alpes-Maritime, Eric Pauget, telah mencadangkan supaya denda sebanyak € 300 ke atas orang ramai yang didapati membuang topeng muka dan sarung tangan di tempat yang tak sepatutnya diperkenalkan.

“Dengan kes pelanggaran arahan dan jumlah sarung tangan serta topeng muka di dibuang di jalan raya awam yang semakin meningkat, dan apabila info berkenaan perkara yang perlu dipatuhi tidak diikuti dipandang ringan, tindakan undang-undang yang lebih tegas perlu dilakukan

“Kerajaan telah menempah satu bilion topeng dari sektor perindustrian Perancis dan permintaannya telah mencecah sebanyak 200 juta seminggu, bayangkan apa yang bakal digantikan dengan sisa sebegini sekiranya 10 peratus daripadanya dibuang merata-rata”, katanya.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa