Siakap Keli
Gambar: Google

50% Orang Dewasa Di Malaysia Obes – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataannya di Twitter hari ini menyatakan bahawa sebanyak 50 peratus orang dewasa di Malaysia adalah dalam kategori obesiti.

Ianya hasil survey yang dilakukan oleh Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019).

Menurut portal MyHealth, obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan.

Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbidity. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:

  • Diabetes Mellitus
  • Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)
  • Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
  • Metabolic syndrome
  • Sleep apnoea
  • Penyakit jantung koronari
  • Cerebrovascular disease
  • Kegagalan jantung
  • Tekanan darah tinggi (hypertension)
  • Osteoarthritis
  • Gout

Pesakit yang mempunyai obesiti perlulah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Terdapat beberapa ubatan obesiti yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimana pun, pembedahan juga adalah satu pilihan rawatan dan pakar bedah akan mengendalikan kes-kes obesiti rumit.

Sumber: MyHealth, KKM

Adib Mohd

Nur Farra