Siakap Keli

(Video) Kematian George Floyd Yang Ditindih Polis Kini Trending Di Twitter, Rakyat AS Merusuh Tuntut Keadilan

Tular rakaman video seorang lelaki kulit hitam terbunuh selepas didakwa ditindih dengan lutut oleh seorang anggota polis secara agresif dalam satu kejadian di Amerika Syarikat.

Kejadian yang berlaku tersebut mencetus kemarahan orang ramai berhubung keganasan polis terhadap komuniti kulit hitam di sana. Bagaimanapun, kes tersebut telah disiasat oleh Federal Bureau of Investigation (FBI).

Susulan daripada kejadian tersebut, hampir seluruh komuniti kulit hitam dan kulit putih di Amerika Syarikat mengadakan rusuhan bagi menuntut keadilan kematian George Floyd.

Kini nama George Floyd trending tertinggi di laman Twitter dengan mendapat tweet sebanyak 1.78m dalam tempoh 24 jam.

Beberapa video rusuhan tular di media sosial hari ini dengan slogan yang dilontarkan ‘All Four’ merujuk kepada empat orang anggota polis yang dikatakan tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kematian.

Sumber: Twitter Joshua Potash

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang