Menghias dan mengubah suai rumah sendiri pastinya akan memberi kepuasan yang tidak dapat digambarkan dari kata-kata. Apatah lagi jika dibuat bersama insan tersayang, pasti lebih bermakna setiap inci susunan perhiasan di dalam rumah. Bak kata orang, home sweet home.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi hasil deko dinding kayu baru di rumahnya dibantu suami tersayang. Menurut Puan Yang Noor Liny Mohamad, anggaran kos yang diperlukan adalah sekitar RM280 sahaja.
“Alhamdulillah, akhirnya siap jugak. Dinding kayu fesyen terkini namanya, wall panelling.
“Kredit kepada suami tercinta, gigih penuhi impian isteri. Keseluruhan 2.5 hari untuk siapkan semua ni sebab encik suami buat seorang. Isteri bantu kerja ringan-ringan ja. Bahagia seorang isteri datang dari suami yang membahagiakan. Kaum isteri tak minta intan berlian pun,” tulisnya.
Barang-barang diperlukan
- Cat Jotun
- Filler
- Berus
- Thinner
- Gam 5 botol
- Under coat putih
- Kayu syiling 10 kaki x 22 batang
- Paku
- Selotip
(harga barang berbeza setiap kawasan)
Cara-cara
















Sumber: Yang Noor Liny Mohamad