Siakap Keli
Gambar: Google

COVID-19: Jepun Larang Pelancong Dari 111 Negara Termasuk Malaysia

Negara Jepun telah melarang pelancong asing daripada 111 buah negara termasuk Malaysia hadir ke negara itu dalam masa terdekat ini. Perkara tersebut dilakukan bagi mengekang wabak COVID-19 daripada terus menular di Jepun.

Kenyataan tersebut telah dinyatakan di laman web rasmi Kementerian Luar Negeri Jepun (MOFA).

Antara negara lain yang terlibat adalah seperti negara Singapura, Afrika Selatan, Indonesia, Amerika Syarikat, New Zealand dan banyak lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, warga Jepun yang pulang daripada salah satu daripada 111 negara yang telah dilarang itu harus menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di lokasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan Jepun.

Mereka juga harus menjalani ujian saringan dan tidak boleh menggunakan pengangkutan awam sehingga akhir bulan Jun ini.

Sejak Februari lalu, Jepun telah mula melarang pelancong asing datang ke negara mereka bermula dengan negara Korea Selatan dan China. Disebabkan larangan itu, negara Jepun telah mengalami penurunan yang mendadak dari segi lawatan pelancong asing ke negara mereka.

Sumber: Mothership.sg, MOFA

Adib Mohd

Nur Farra