Siakap Keli
Gambar: Bernama

COVID-19: KKM Senaraikan 4 Daerah Catat Kes Taburan Tertinggi Setakat 29 Mei

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi ciapannya di Twitter telah berkongsikan taburan kes positif Covid-19 mengikut daerah di Malaysia.

Menurut ciapan tersebut, daerah di Cheras, Hulu Langat, Lembah Pantai dan Rembau mencatatkan kes Covid-19 taburan tertinggi di Malaysia.

Keempat-empat daerah tersebut telah mencatatkan jumlah jangkitan kes Covid-19 sebanyak 41 kes dan ke atas.

Cheras dilaporkan mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 341 kes, Hulu Langat pula sebanyak 99 kes, Lembah Pantai sebanyak 84 kes, manakala Rembau pula sebanyak 56 kes.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa