Siakap Keli

EPL Akan ‘Dibuka’ Semula 17 Jun Ini Dengan Aksi Man City Menentang Arsenal – Laporan

Liga Perdana Inggeris (EPL) akan diteruskan selepas 100 hari ‘berehat’ dan akan mula beraksi pada 17 Jun 2020 ini.

Menurut laporan, sumber memberitahu ESPN bahawa Manchester City lawan Arsenal dan Aston Villa yang menjadi tuan rumah Sheffield United akan menjadi perlawanan pertama

ESPN menyatakan bahawa semua perlawanan dijangka akan diselesaikan menjelang 1 Ogos dan final Piala FA pula akan berlangsung pada 8 Ogos 2020.

Perlawanan di antara Manchester City dan Arsenal sebelum ini sepatutnya berlangsung pada 11 Mac yang lepas, namun, perlawanan tersebut ditangguhkan kerana wabak COVID-19 yang tular pada ketika itu.

Susulan itu, semua perlawanan EPL mula dihentikan sepenuhnya selepas pengurus Arsenal, Mikel Arteta didapati positif COVID-19.

Sumber: The Guardian, ESPN

Adidas 3 STRIPES DAY. Get the best of Adidas at a limited-time offer, starting tomorrow. Click here.

Adib Mohd

Nur Farra