Siakap Keli
Gambar: Efey Noorfareydzah

“Indonesia Bisa,” Frontliner Malaysia Titip Kata Semangat Buat Frontliner Di Negara Seberang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kita semua pasti tahu bahawa para frontliners di negara seberang iaitu Indonesia sedang mengalami kesukaran dalam membendung penularan wabak COVID-19 di negara tersebut. Ada di antara frontliners yang dilihat sudah berputus asa dengan keadaan yang berlaku di sana.

Namun, baru-baru ini tular di laman sosial Facebook mengenai satu post yang dikongsi oleh seorang jururawat, Efey Noorfareydzah.

Melalui perkongsian tersebut, ada beberapa gambar yang memaparkan para frontliners Malaysia memberikan kata-kata semangat untuk frontliners Indonesia.

Jika dilihat, pelbagai kata semangat disampaikan oleh mereka seperti #IndonesiaBisa, Kita Pasti Bisa dan Jangan Putus Asa, Kita Pasti Menang.

Walaupun berbeza negara, para frontliners Malaysia ini tetap memberikan semangat kerana tahu bahawa tanggungjawab mereka amat penting dalam membendung wabak COVID-19 daripada terus menular.

Gambar: Efey Noorfareydzah
Gambar: Efey Noorfareydzah
Gambar: Efey Noorfareydzah

Sumber: Efey Noorfareydzah

Adib Mohd

Nur Farra