Siakap Keli
Gambar: Google

Kes COVID-19 Di Indonesia Meningkat Melebihi 25,000 Kes, Kematian 1,520

JAKARTA, 29 Mei — Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dengan melepasi angka 25,000, dengan jumlah kematian kini 1,520 orang.

Menurut jurucakap kerajaan Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto,  bagi tempoh 24 jam sejak 12 tengah hari semalam, sebanyak 678 tambahan kes positif baharu, manakala sebanyak 24 lagi kematian berlaku dalam tempoh berkenaan.

“Jumlah kes positif kini 25,216 kes, ketika ini juga seramai 12,499 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi setakat ini iaitu berjumlah 509 kes, namun telah mencatatkan kematian sifar sejak beberapa lepas.

Perkembangan situasi itu memungkinkan pelonggaran beberapa peraturan di bawah pelaksanaan Pembatasan Sosial Beskala Besar (PSBB) yang berkuat kuasa sehingga 4 Jun ini.

Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Gabenor Jakarta, Anies Baswedan seperti dilaporkan media tempatan, telah mengadakan perbincangan bagi mewujudkan beberapa protokol baharu dalam pelaksanaan normal baharu di ibu kota berpenduduk lebih 10 juta orang itu.

Sumber: BERNAMA

Adib Mohd