Siakap Keli

Lelaki Bernafsu Pelik, Mengaku Terangsang Dengan Selipar Ditahan Dengan 126 Pasang Selipar Dicurinya

Seorang lelaki ditahan atas kesalahan mencuri beberapa pasang kasut dan selipar jirannya kerana mendakwa nafsunya terangsang dengan objek tersebut, baru-baru ini.

Suspek, 24, dijejaki dan ditahan pihak berkuasa bersama dengan 126 pasang kasut dan selipar yang dicuri di sekitar perumahan di Nonthaburi, Thailand sebelum itu.

Difahamkan, kelakuan jenayah peliknya itu dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah mangsa curi terakhirnya.

Apabila mereka mengesan rumah lelaki tersebut, mereka menjumpai sejumlah besar kasut dan selipar yang didakwanya adalah merupakan koleksi simpanannya sejak lebih dua tahun.

Klaiya ketika ditahan pihak berkuasa bersama koleksi kasut dan selipar yang dicurinya. Gambar: Agensi

Hidupkan kasut, kemudian ghairah bermula..

“Dia akan memakainya (kasut) di luar rumah dengan tujuan untuk ‘menghidupkannya’,” kata polis, memetik laporan portal Metro.

Menurut sumber polis itu lagi, selepas beberapa jam Klaiya ‘menghidupkan’ kasut tersebut, dia akan memeluk dan menciumnya, menanggalkannya lalu menggosok pada badan sebelum melakukan hubungan seks dengannya.

Selain itu, kasut-kasut yang ditemui tersebut merangkumi pelbagai jenama, saiz serta warna dan semuanya masih dalam keadaan baik.

Antara koleksi ‘objek’ seksnya. Gambar: Agensi

Ada lagi jenayah lain

Dalam pada itu, pihak polis mendakwa lelaki terbabit turut mengaku pernah melakukan kesalahan yang lain sebelum ini iaitu meragut pada waktu malam, mempunyai alat pemancar digital tanpa permit dan mengingkari arahan perintah berkurung.

Pegawai polis, Mejar Kolonel Ekkaphop Prasitwattanachai berkata, itu bukan kesalahan pertama suspek bagi tindakan yang serupa.

“Selepas kami menahan suspek, kami juga dapat mengenalpasti bahawa dia pernah ditahan pada tahun lepas atas kesalahan mencuri selipar di wilayah lain.

“Dia mengaku sepenuhnya bahawa jenayah tersebut dilakukan untuk tujuan mencabul, jadi dia akan ditahan di balai sehingga dibawa ke mahkamah untuk pihak pendakwaan memutuskan tindakan undang-undang selanjutnya,” katanya lagi.

Sumber: Metro

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'