Siakap Keli

Raikan Tadau Kaamatan Dengan Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

PUTRAJAYA, 29 Mei — Pengorbanan yang dilakukan untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan ketika menyambut Tadau Kaamatan pada tahun ini akan membantu mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk seluruh rakyat Malaysia.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique dalam perutusan Tadau Kaamatan hari ini berkata rakyat negara ini masih boleh bersama melalui pelbagai kaedah komunikasi moden walaupun tidak dapat bersua muka menyambut Tadau Kaamatan kerana mematuhi arahan perintah itu.

“Mudah-mudahan pengorbanan kita hari ini akan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Halimah juga menyeru rakyat Malaysia untuk berganding bahu mengukuhkan kesepaduan dengan memelihara kestabilan, keamanan dan keharmonian negara agar perpaduan yang menjadi impian dapat dicapai.

“Semoga perayaan menuai tahun ini membawa pengertian yang mendalam tentang kepelbagaian dan kebersamaan kita semua.

“Saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.