Siakap Keli
belalang india
Kredit: Xinhua Net

Ribuan Belalang Serang India, ‘Jajah’ Lima Negeri

New Delhi, 29 Mei – Serangan ribuan belalang di India kini merebak ke lima negeri iaitu Rajasthan, Punjab, Gujarat, Madhya Pradesh dan Maharashtra, lapor Xinhua.

Menurut Kementerian Pertanian dan Kebajikan Petani India, langkah pencegahan kini dipertingkat bagi membendung serangan serangga berkenaan.

Sebanyak 200 Locust Circle Offices (LCO) dilaporkan menjalankan operasi tinjauan dan pengawalan dengan kerjasama pentadbiran tempatan di negeri yang terjejas.

Sementara itu, pemerintah di ibu negara (New Delhi) turut mengeluarkan nasihat berjaga-jaga menghadapi kemungkinan serangan serangga di wilayah itu.

Kebiasaannya kumpulan belalang akan memasuki kawasan padang pasir di India melalui Pakistan ketika musim pembiakan pada Jun dan Julai dengan kedatangan monsun.

Namun, kemunculan serangga itu dilaporkan berlaku lebih awal pada tahun ini.

Sumber: Xinhua Net

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.