Siakap Keli

Sentimen Anti-China Semakin Tegang Di Zambia, 3 Pemilik Kilang Dibunuh

Tiga pemilik kilang tekstil warganegara China di Zambia, Afrika dibunuh dengan kejam. Pekerja tempatan menjadi dalang dibalik pembunuhan ini kerana tidak berpuas hati dengan syarikat China tersebut.

Kejadian itu menimbulkan ketegangan diantara orang Cina di Afrika. Akhbar tempatan melaporkan tiga mangsa ditemui mati di kilang tekstil yang telah dibakar oleh pekerja yang tidak berpuas hati.

Jurucakap polis Zambia, Esther Kotongo mengatakan pada Rabu, 27 Mei 2020, berdasarkan siasatan polis berjaya menangkap dua suspek yang juga dilaporkan telah mengambil mayat ketiga rakyat China tersebut.

Pembunuhan ini berlaku selepas kempen yang diketuai oleh datuk bandar Lusaka, Miles Sampa, yang mahukan perniagaan milik orang Cina ditutup. Kempen ini dilakukan selepas menerima banyak aduan dari penduduk tempatan yang merasakan mereka didiskriminasi oleh peniaga Cina.

Miles Sampa mengatakan cara syarikat-syarikat China bekerja saling tidak tumpah dengan dasar ‘apartheid’.

Pertikaian antara Sampa dan orang Cina mendapat perhatian di media sosial sehingga menerima kritikan dari ramai pemerintah. Walau bagaimanapun, beliau mendapat pujian dari rakyat Zambia.

Namun pada Rabu lepas beliau telah memohon maaf kepada rakyat Cina di Zambia di atas tindakannya.

Aktivis hak asasi manusia di Zambia, Barebner Changala memberi amaran kesan ketegangan yang akan berpanjangan kerana pekerja tempatan tidak merasa hak mereka dilindungi oleh majikan China yang sering bertindak seperti memilik negara tersebut.

Menurut kajian populasi dunia PBB pada 2019, dianggarkan 80,000 warga China tinggal di Zambia.

China merupakan pelabur asing terbesar di Afrika. Pelaburan China ini dapat dilihat melalui pembinaan beberapa lapangan terbang, jalan raya, sekolah, kilang dan balai polis. Keadaan ini mencetus sentimen anti-China memandangkan Zambia kini banyak berhutang dengan Beijing.

Sumber: gelora.co

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.