Siakap Keli

Seorang Anggota Polis Trafik Cedera Terlibat Kemalangan Ketika Bertugas

Seorang anggota polis daripada cawangan Kawalan Lalulintas, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, dilaporkan terlibat di dalam kemalangan pada Jumaat (29 Mei 2020).

Menerusi muatnaik di laman Facebook JSPT KL, anggota polis berkenaan, Kons Amos Borine, kini sedang menerima rawatan di zon kuning, Hospital Kuala Lumpur.

KEMALANGAN MELIBATKAN ANGGOTA JSPT KL

JSPT KL, 29 Mei 2020 – Kemalangan jalan raya melibatkan Kons Amos Borine dari cawangan Kawalan Lalulintas Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.

Kons Amos masih dirawat di zon kuning Hospital Kuala Lumpur. Seluruh warga Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur mendoakan agar Kons Amos cepat sembuh.. Amin.

Sumber: JSPT KL

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.