Siakap Keli

Singapura, Malaysia Runding Isu Pekerja Ulang-Alik

SINGAPURA, 28 Mei — Singapura sedang berbincang dengan Malaysia berhubung isu berkaitan pekerja yang ingin berulang-alik setiap hari menerusi jalan darat, kata Menteri Pembangunan Negara republik itu, Lawrence Wong.

Walaupun kedua-dua negara melaksanakan langkah perjalanan yang lebih ketat ketika ini untuk mengekang penyebaran COVID-19, Wong berkata kedua-dua pihak perlu melihat cara terbaik memenuhi keperluan pekerja.

“Kami sedang meneliti untuk melaksanakan protokol yang diperlukan sama ada melakukan ujian terhadap pekerja atau mensyaratkan mereka dikuarantin,” katanya pada sidang media maya Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Mengenai COVID-19 di sini hari ini.

Wong yang merupakan pengerusi bersama pasukan petugas itu ditanya sama ada republik itu telah mengadakan perbincangan dengan Malaysia berhubung kemungkinan membenarkan pekerja berulang-alik setiap hari dari Johor.

Wong menegaskan perkara yang paling penting ialah perlu ada langkah berjaga-jaga dan perlindungan yang baharu.

“Ia tidak akan sama seperti sebelum ini yang mana terdapat jumlah yang tinggi orang berulang-alik setiap hari menerusi jalan darat.

“Saya tidak fikir mana-mana pihak mahu melihat perkara ini terjadi tanpa ada langkah berjaga-jaga dalam persekitaran baharu COVID-19 ini,” katanya.

Wong berkata Singapura juga sedang berbincang dengan Malaysia berhubung laluan khas melibatkan perjalanan penting melalui udara pada jumlah yang terhad dengan perlindungan, dapat dilaksanakan dengan selamat.

Sumber: Bernama

Dapatkan kelengkapan elakkan Covid 19 di SINI

Nurul Najiha

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.