Siakap Keli
Gambar hiasan via Google

Terbongkar 2 Hari Sebelum Syawal, Lelaki Didakwa “Kantoi’ Dengan Isteri Ketika Bercumbu Dengan Anak Jiran

Seorang lelaki berusia 36 tahun yang sudah memiliki dua anak didakwa telah setubuhi seorang gadis berusia 17 tahun di Palembang, Indonesia kerana jatuh cinta dengannya.

Menurut Kompas.com, gadis yang disetubuhi lelaki berkenaan adalah merupakan salah seorang jirannya.

Kegiatannya itu mula terbongkar selepas isterinya sendiri menjumpainya sedang asyik menyetubuhi gadis berkenaan di rumahnya.

Berang dengan tindakan lelakinya itu, isteri suspek kemudiannya telah bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Ketika ditemui wartawan, suspek telah mendakwa bahawa persetubuhan itu dilakukan atas dasar suka sama suka.

Gambar: Surabata.Tribun

“Saya cintakan dia, sebab itu jugalah kami melakukannya bersama. Tapi saya salah, salah kerana terlampau ikutkan nafsu. Kami telah bersetubuh sebanyak empat kali. Saya cuba untuk bersembunyi selepas kegiatan saya terbongkar, namun memutuskan untuk menyerahkan diri tidak berapa lama selepas itu,” ujarnya.

Menurut Kompas.com, kejadian tersebut mula berlaku selepas mangsa dikatakan sering melalui di kawasan hadapan rumah suspek.

Kerana terlalu bernafsu melihat mangsa, suspek kemudiannya bertindak menggodanya dan mengajaknya ke rumahnya.

Menyedari bahawa mangsa sering menuruti permintaannya, suspek telah bertindak melakukan kegiatannya itu ke atas mangsa.

Hubungan seksual diantara kedua-dua mereka itu didakwa telah dilakukan secara berulang kali di beberapa lokasi yang berbeza.

Pun begitu, kegiatannya itu akhirnya terbongkar apabila isterinya secara tidak sengaja terserempak dengan mereka berdua ketika dia sedang asyik bercumbu bersama mangsa dua hari sebelum umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sumber: Kompas

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa