Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 103 Kes Baharu Covid-19 Dicatatkan Termasuk 84 Kes Dalam Kalangan Bukan Warganegara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa, sebanyak 103 kes positif Covid-19 baharu telah dilaporkan setakat jam 12 tengah hari, 29 Mei 2020.

Pertambahan kes pada hari ini menjadikan jumlah kes yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 7,732 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Dr Noor Hisham Abdullah, lonjakan kes baru tersebut majoritinya terdiri daripada bukan warganegara iaitu sebanyak 84 kes.

7 daripada kes yang dicatatkan pada hari ini pula adalah kes import yang mendapat jangkitan daripada luar negara. Daripada 96 kes baharu yang dilaporkan, 12 kes daripada jumlah itu adalah kes penularan tempatan yang melibatkan warganegara Malaysia.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa 8 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi, 2 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Turut dimaklumkan juga bahawa tiada kes kematian yang dilaporkan hari ini. Ini bermakna, jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 115 kes.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa