Siakap Keli

(Video) Bapa Tunggal Terpaksa Bawa Anak Hantar Pesanan Pelanggan Undang Sebak

Sebagai ibu bapa, kita pastinya akan melakukan sedaya upaya kita bagi memastikan perut isi rumah kita tidak kekosongan di waktu-waktu sukar ini.

Sejak tercetusnya wabak pandemik Covid-19 ini, pelbagai sektor ekonomi di seluruh dunia terjejas akibat tidak dapat beroperasi kerana khuatir jangkitan yang dibawa daripada virus tersebut makin menular.

Akibat daripada itu, ada sebahagian daripada kita yang dipotong gaji, dibuang kerja serta terpaksa melakukan dua kerja untuk mendapatkan pendapatan sampingan bagi menampung keperluan keluarga.

Menurut sebuah laman web Taiwan ini, kisah seorang bapa tunggal berusia 24 tahun yang didakwa terpaksa bekerja siang dan malam untuk menyara kehidupannya bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun, undang perhatian daripada warganet selepas kisahnya itu dikongsikan di media sosial.

Lelaki tersebut didakwa bekerja sebagai buruh binaan di waktu siang dan menjadi penghantar makanan pada sebelah malam. Secara keseluruhannya, dia terpaksa bekerja selama 13 jam sehari untuk memastikan kelangsungan hidup mereka.

Kisahnya itu mula mendapat perhatian daripada warganet selepas gambar yang menunjukkan dia terpaksa membawa anaknya itu ikut sekali untuk menghantar makanan pada waktu malam menjadi tular. Kisahnya itu juga turut mendapat perhatian media tempatan yang kemudiannya menemu bual keluarga itu secara eksklusif untuk mengetahui perkara sebenar.

Daripada temu ramah tersebut, lelaki tersebut menyatakan bahawa ada kalanya dia terpaksa membawa anaknya itu sekali mengikutinya menghantar makanan kerana tidak ada siapa di rumah untuk menjaga anaknya itu.

Semasa menghantar makanan, beg yang digunakan untuk membawa pesanan makanan itu akan dipakai oleh anaknya. Menurutnya, anaknya itu selalu tertidur semasa mereka berdua keluar untuk menghantar pesanan yang dipesan pelanggan.

Menurut laman web Taiwan tersebut, lelaki itu telah didakwa terpisah dengan isterinya dan kini terpaksa menjaga anak lelakinya itu seorang diri.

Katanya, walaupun pendapatan bulanan mereka tidaklah setinggi mana, namun segala penat lelahnya dalam menunaikan tanggungjawabnya membesarkan anaknya itu hilang selepas melihat senyuman yang terukir daripada wajah anaknya itu.

Tambahnya lagi, pengorbanannya akan menjadi manis selagi dia dapat memastikan bahawa anaknya itu membesar dengan sihat dan bahagia.

Sumber: Healthy Time

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa