Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Kamera Berjaya Rakam Pendaki China Sampai Ke Puncak Gunung Everest Untuk ‘Ukur’ Semula Ketinggiannya

Kerana ingin menyelesaikan pertikaian mengenai ketinggian Gunung Everest, lapan pendaki dari China telah berjaya tiba di puncak bagi ‘mengukur’ semula ketinggian gunung tersebut, lapor Daily Mail.

Gambar: Daily Mail

Mereka tiba di puncak Gunung Everest pada jam 11 pagi waktu tempatan semalam setelah mendaki selama sembilan jam, lapor media negara China.

Dalam pada itu, Nepal dan China telah bekerjasama dengan melancarkan satu projek kajian saintifik bagi menentukan ketinggian sebenar gunung tersebut yang bermula sejak April lalu. Ia juga digambarkan sebagai sebuah ekspedisi yang menunjukkan simbol abadi persahabatan antara kedua negara itu.

Gambar: Daily Mail

Rakaman kamera video teleskop yang dikeluarkan oleh saluran CCTV pada Rabu semalam menyaksikan detik-detik luar biasa kesemua pendaki yang sampai ke puncak yang dilitupi salji tebal.

Gunung yang terletak di banjaran Himalaya di sempadan China dan Nepal itu telah menjadi  perdebatan di antara kedua-dua negara sejak bertahun lamanya.

Gambar: Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, sejak tahun 2005, China telah menyatakan bahawa ketinggian tepat Gunung Everest adalah 8, 844 meter atau 29, 017 kaki iaitu empat meter lebih rendah dari Nepal.

Selepas lawatan negara Presiden China, Xi Jinping ke Nepal pada Oktober lalu, kedua-dua negara bersetuju untuk mengukur kembali ketinggian gunung itu dalam usaha untuk mengakhiri pertikaian yang sudah lama berlaku.

Gambar: Daily Mail

Pasukan yang terdiri daripada 53 orang dari Kementerian Sumber Nasional China telah melakukan kerja ilmiah di Everest sejak awal Mac lalu.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa