Siakap Keli

(Video) Monyet Dilaporkan Serang Juruteknik Makmal Dan Bawa Lari Sampel Ujian Covid-19

Sekumpulan monyet liar dilaporkan telah memecah masuk sebuah kolej perubatan di India dan mencuri sampel ujian virus Covid-19 selepas menyerang seorang juruteknik makmal tersebut.

Monyet-monyet berkenaan dipercayai telah membawa lari tiga sampel ujian dari Meerut Medical College di Uttar Pradesh pagi tadi.

Ketika kejadian, seorang juruteknik yang membawa sampel ujian tersebut telah dihampiri oleh monyet berkenaan sebelum merampasnya dan membawa lari lalu ‘mengunyahnya’ di atas sebatang pokok.

Mereka yang tinggal di kawasan berhampiran khuatir virus tersebut akan merebak kerana monyet itu berkeliaran di kawasan perumahan mereka.

Amir Haque, Ketua Biro Lucknow, menyatakan bahawa monyet-monyet itu dilaporkan pernah menimbulkan kekacauan di sekitar kawasan kolej pada sebelum ini. Pun begitu, dia mengakui bahawa perkara ini adalah sesuatu yang tidak pernah terjadi.

Ketua polis menyatakan bahawa monyet tersebut berpotensi untuk menyebarkan jangkitan, dan kolej berkenaan kini sedang berusaha untuk mencari sampel yang ‘dicuri’ itu.

“Walaupun haiwan ini bukanlah pencetus kepada wabak ini, namun jika mereka berkeliaran dengan sampel ujian virus tersebut di kawasan perumahan, mereka mungkin akan menyebabkan kes jangkitan Covid-19 semakin menular.

“Oleh itu, kejadian ini adalah salah satu isu yang sangat serius untuk petugas kesihatan serta pentadbiran tempatan untuk mengatasinya,” katanya kepada The Times of India.

Negara India telah mencatatkan 4,711 kes kematian secara keseluruhan pada semalam dengan jumlah kes jangkitan di negara tersebut terus meningkat.

Terdapat kegusaran bahawa negara tersebut bakal menjadi pusat wabak baru di Asia berikutan kadar jangkitan yang sangat rendah dicatatkan pada awal permulaan pandemik ini.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa