Siakap Keli

Berapa Kali Perlu Mandi Sehari Untuk Kulit Kekal Sihat ? Ikuti Penjelasan Ini

Melakukan aktiviti seharian akan membuatkan badan anda terasa melekit dan berbau. Oleh itu, mandi adalah salah satu cara untuk menghilangkan bau yang melekat pada badan anda.

Berapa kalikah anda perlu mandi dalam sehari? Atau anda mandi hanya apabila perlu? Pernahkah anda terfikir berapa banyak kalikah anda perlu mandi dalam sehari?

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, jangan malu untuk teruskan bacaan anda melalui artikel ini. Mungkin selepas ini boleh mengubah tabiat lama anda.

Mandian mengikut jenis kulit

Setiap individu memiliki jenis kulit yang berbeza, dan setiap kulit yang berbeza ini boleh berubah keadaannya bergantung kepada cuaca dan persekitaran. Ada individu yang memiliki jenis kulit yang normal, tetapi ada juga yang memiliki jenis kulit yang agak kering. Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai jenis kulit kering, kulit mereka akan menjadi lebih kering pada musim sejuk jika mandi dengan kerap. Tahu mengapa?

Sebenarnya, mandian yang terlalu kerap akan menanggalkan lapisan minyak semula jadi yang terdapat pada permukaan kulit. Minyak ini berfungsi sebagai lapisan perlindungan yang mengekalkan kelembapan kulit daripada menjadi kering akibat persekitaran luar kulit. Bukan sahaja kekerapan mandi akan mempengaruhi hal ini, malah waktu mandi dan suhu air turut boleh menjejaskan kelembapan kulit.

Kenapa tidak boleh mandi terlalu lama?

Anda sebenarnya tidak digalakkan untuk mandi terlalu lama. Cukup sekadar beberapa minit untuk menghilangkan kekotoron dan terus keluar dari bilik mandi anda. Mandian yang terlalu lama sehingga menjangkau 20 atau 30 minit boleh menanggalkan lapisan minyak semula jadi kulit anda atau juga disebut sebagai ‘sebum’. Selain itu, anda disarankan untuk mandi dengan menggunakan air bersuhu suam atau pada suhu bilik. Air mandian yang terlalu sejuk atau panas sangat tidak digalakkan. Saranan ini juga adalah atas satu sebab yang sama; lapisan minyak semula jadi kulit.

Bagaimana hendak menentukan kekerapan mandian harian?

Sebenarnya, tiada bilangan khusus untuk mandian yang ideal. Kuncinya adalah anda perlu mengenal pasti diri anda sendiri. Apakah jenis kulit anda dan keadaan semasa diri anda. Bagi mereka yang banyak terlibat dengan kerja-kerja fizikal dan luar bangunan, anda mungkin perlu lebih kerap mandi berbanding mereka yang bekerja di dalam ruangan berpendingin hawa. Individu yang bekerja di kawasan beriklim tropika yang terkenal dengan cuaca hujan dan panas, anda perlu lebih kerap mandi berbanding mereka yang tinggal di kawasan yang sejuk. Kenapa? Kerana cuaca yang panas dan lembap menjadikan anda lebih berpeluh dan berbau.

Kerap peluh, kerap mandi

Bagi mereka yang bekerja di kawasan yang agak terdedah kepada kekotoron dan mereka yang kerap berpeluh, anda disarankan untuk mandi dengan lebih kerap terutamanya apabila baju anda sudah mula dibasahi cucuran peluh. Peluh boleh merengsakan kulit, dan sekiranya anda membiarkan tubuh badan dibasahi peluh dalam waktu yang lama, ia akan mendedahkan anda kepada risiko jangkitan bakteria atau kulat. Anda juga boleh mendapat penyakit kulit yang dipanggil ‘dermatitis neglecta’ sekiranya anda tidak mandi berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

Bagi mengelakkan kekeringan kulit setelah mandi, sapukan pelembap pada kulit anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kekeringan. Bagi mereka yang selalu berpeluh pula, tidak perlu ‘berlagak’ seperti anda berada di negara-negara bermusim sejuk dengan tidak mandi dalam sehari. Kami hanya kasihankan rakan sekerja anda, apatah lagi yang berada betul-betul bersebelahan dengan anda. Hendak ditegur busuk, risau terasa je.

Sumber:  Hellodoktor

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.