Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Federer Ungguli Senarai Atlet Raih Pendapatan Tertinggi, Turut Atasi Ronaldo Dan Messi

WASHINGTON, 30 Mei (Bernama) — Bintang tenis terkenal Roger Federer menduduki tempat teratas senarai Forbes 2020 sebagai atlet yang memperoleh bayaran tertinggi dengan pendapatan sebelum cukai US$106.3 juta, lapor agensi berita Xinhua.

Ini kali pertama legenda tenis kelahiran Switzerland itu mengungguli senarai itu.

Pendapatannya merangkumi wang hadiah US$6.3 juta dan US$100 juta bayaran sokongan serta penampilan. Kedudukan terbaik beliau sebelum ini di tempat kedua pada 2013.

Diikuti bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo dengan pendapatan US$105 juta manakala Lionel Messi dari Argentina menduduki tempat ketiga dengan US$104 juta.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa