Bagi kaum wanita yang baru berkahwin, menunggu keputusan ‘positive pregnant’ daripada doktor adalah satu detik yang sangat dinantikan.
Itu bermakna fasa perkahwinan mereka sudah melepasi satu tahap iaitu bakal menjadi ibu kepada cahaya mata pertama.
Ya, itulah hadiah paling bernilai buat isteri dan bakal ibu.
Menyentuh tentang keputusan ujian hamil tersebut, walaupun ia merupakan khabar gembira buat wanita yang baru berkahwin, namun dalam masa sama ia adalah mimpi ngeri buat wanita bujang. Mengapa?
Kerana untuk pengetahuan anda, wanita bujang (termasuk anak gadis) juga boleh mendapat keputusan yang sama, meskipun secara zahirnya mereka langsung tidak pernah ‘disentuh’ oleh lelaki. Hairan kan?
Lebih menyedihkan, mereka terus dihukum ‘kotor’ oleh ahli keluarga sendiri sehingga berlaku kes ayah pukul anak dan sebagainya.
Sebenarnya, bukan semua wanita bujang yang mendapat keputusan positif hamil atau mempunyai sebarang simptom kehamilan itu benar-benar mengandung, sebaliknya ada perkara lain yang perlu diperincikan.
Seorang warga Twitter berkongsi pengalamannya sendiri yang pernah didapati positif hamil satu masa dahulu, dan ternyata ia bukan hamil tetapi ada sebab lain.
Mari baca thread ini satu-persatu.
Sebelum itu mari kita baca satu perkongsian daripada netizen ini.

Tidak datang bulan selama tiga bulan, dalam masa sama perut kelihatan kembung.
Setelah diperiksa, rupa-rupanya dia terkena appendiks.
Gadis ini hendak sampaikan di sini bahawa, sekiranya seseorang wanita bujang didapati positif hamil, atau menunjukkan sebarang simptom kehamilan (tidak datang bulan, perut kelihatan kembung dan sebagainya), kita tidak boleh terus menghukum.
Lebih baik bantu mereka untuk buat pemeriksaan kesihatan selanjutnya.
Ingat pesan gadis, jangan takut buat pemeriksaan.
Selagi masih ada masa, terus ke klinik atau hospital bagi mengesahkan simptom tersebut.
Sokongan dan galakan orang sekeliling (ahli keluarga khususnya) sangat diperlukan ketika situasi ini.
Dan paling penting, kena dalami isu ‘false positive pregnant’ kepada mereka supaya tiada lagi berlaku sebarang kekerasan atau hukuman.
Sumber: Twitter